cara membezakan jenis graf pam stpm
👉 Terdapat banyak jenis graf yang kita temui dalam subjek Pengajian Am.Malahan,carta juga selalu kita temui.
👉Pelajar selalunya mengalami kesusahan dalam mengenal pasti jenis graf yang sesuai berdasarkan soalan yang diberikan.
Komponen
Kompaun
💦Pernahkah anda menemui perkataan tersebut dalam subjek PAM?
💦Jika soalan tersebut mempunyai kata kunci 'jumlah' ,bermakna graf tersebut ialah graf komponen.
💦Jika soalan tersebut mempunyai kata kunci 'bilangan' atau 'nilai', bermakna graf tersebut ialah graf kompaun.
💦Tapi,tidak bermakna semua soalan yang mempunyai kata kunci tersebut bergantung dengan kenyataan di atas.FAHAMI SOALAN DENGAN MEMBACA LEBIH DARI SATU KALI DAN GARISKAN KATA KUNCI.
PAUTIKA
Pernahkah anda mendengar kata kunci tersebut?kata kunci itu adalah untuk membezakan antara graf bar atau garis.
P=pola
A=aliran
U=unjuran
T=trend
I=indeks
K=kadar
A=amaun
Jika soalan mempunyai salah satu daripada kata kunci tersebut,bermakna graf tersebut ialah graf garis.
Jika soalan tidak mempunyai kata kunci tersebut,bermakna graf tersebut ialah graf bar.
Contoh soalan:
Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini,sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penggunaan air oleh pelbagai sektor di negeri Sarawak dari tahun 2008 hingga tahun 2011.
Apakah graf yang sesuai untuk soalan di atas?
?
?
?
Jawapanya ialah graf bar komponen!
Kenapa?kerana soalan mempunyai kata kunci jumlah dan soalan juga tidak mempunyai salah satu dari kata kunci PAUTIKA.
Bagaimana dengan soalan ini?
Contoh soalan
sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran perubahan jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan bagi objek-objek tertentu dari tahun 2007 hingga tahun 2010 dan sasaran pada tahun 2012.
Apakah jenis graf tersebut?
?
?
?
Comments
Post a Comment